Ditahan dek sebar khabar angin
BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand akan mendakwa empat orang kerana menyebarkan khabar angin mengenai kesihatan Raja Bhumibol Adulyadej yang menyebabkan pasaran saham negara itu menjunam awal bulan ini.
Raja Bhumibol, 81 tahun, berada di hospital sejak pertengahan bulan lalu kerana jangkitan paru-paru.
Pasaran saham Thai menjunam 8.22 peratus pada 15 Oktober ekoran khabar angin itu. -- AFP
Somalia jadi 'syurga' Al-Qaeda
LONDON: Kumpulan pengganas Al-Qaeda kini menggunakan Somalia bagi melatih anggotanya, menyusun semula kumpulan dan merancang serangan, kata Perdana Menteri negara itu, Encik Omar Abdirashid Sharmarke.
'Somalia kini jelas menjadi syurga buat kumpulan terkutuk ini, iaitu Al-Qaeda,' kata Encik Omar dalam satu ucapan di London, kelmarin.
Beliau berkata Al-Qaeda menguasai sebahagian besar selatan dan kawasan tengah Somalia dan usaha menumpaskan mereka amat penting bukan saja untuk negaranya bahkan kemakmuran dunia sejagat. -- AFP.
Pilihan raya tidak akan tergugat
WASHINGTON: Hasrat kumpulan Taleban mengucar-ngacirkan proses pilihan raya presiden Aghanistan tidak akan berhasil walaupun beberapa serangan telah dilakukan ke atas para petugas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Kabul.
Jurucakap Rumah Putih, Encik Robert Gibbs, dalam satu kenyataannya berkata:
'Di Kabul ternyata ada cubaan oleh sesetengah pihak untuk menggugat kemahuan rakyat Afghanistan dalam memilih pemerintah baru mereka, namun kami percaya ia tidak akan berhasil.' - AFP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment