Pages

Sunday, November 1, 2009

Kenapa Baitulmakdis jadi rebutan

BAITULMAKDIS menjadi rebutan sejak zaman-berzaman kerana ia merupakan kota suci umat Islam, orang Yahudi dan penganut Kristian.

Baitumakdis dan kawasan sekitarnya menempatkan makam para nabi, termasuk Nabi Ibrahim, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, Nabi Yusuf dan Nabi Musa.

Orang Yahudi mengaitkan Baitulmakdis dengan zaman keagungan Bani Israel semasa pemerintahan Nabi Daud dan Nabi Sulaiman.


Mereka percaya Haram As-Syarif (Temple Mount), yang di atasnya dibina Qubbah As-Shakhra, sebagai tempat Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya, Nabi Ishak.

Mereka percaya di bawah Haram As-Syarif terdapat bekas tapak Haykal Sulaiman (Solomon's Temple) dan Tembok Ratapan (Wailing Wall) sebagai sisa runtuhan Haykal Sulaiman itu.
 cordless phones

Penggalian yang dilakukan Israel sejak akhir-akhir ini bertujuan mencari tapak bangunan purba itu. Mereka bercita-cita hendak membangun haykal ketiga dan memulihkan semula keagungan Yahudi seperti pada zaman Nabi Sulaiman.

Orang Kristian menganggap Baitulmakdis kota suci kerana di sini terdapat makam Siti Maryam, dan tempat lahirnya Nabi Isa as (Jesus).

Mereka percaya pembinaan Haykal ketiga oleh orang Yahudi akan mempercepat kemunculan semula Nabi Isa, yang akan membunuh Dajjal (Anti-Christ) di akhir zaman.
 Heart Disease

Bagi umat Islam, Masjid Al-Aqsa merupakan tempat ketiga paling suci selepas Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah. Ia kiblat pertama umat Islam sebelum Allah memerintahkan Nabi Muhammad saw menukar kiblat ke arah Kaabah di Masjidil Haram di Makkah, selepas berhijrah ke Madinah.

Baitulmakdis juga dikaitkan dengan peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad saw.

Di Masjid Al-Aqsa, Nabi Muhammad saw diriwayatkan telah menunaikan solat bersama para nabi lain pada malam penuh barakah itu, dengan beliau menjadi imam.


Qubbah As-Shakhra dipercayai batu yang dipijak Nabi Muhammad saw semasa hendak memulakan mikraj dengan menunggang Buraq.

Penduduk Palestin menamakan Tembok Ratapan sebagai Al-Buraq. Mereka percaya di situlah Nabi Muhammad menambatkan kenderaan Buraq. Tempat ini kini dibina masjid yang dipanggil Masjid Buraq.
Penduduk Palestin percaya pada akhir zaman Imam Mahdi akan turun dekat Gerbang Mahdi (Gate of Mahdi) di Baitulmakdis. Beliau dan Nabi Isa akan memerangi Dajjal sehingga umat Islam mencapai kemenangan.

Perebutan Baitulmakdis oleh orang Krsitian dan umat Islam mencetus sembilan Perang Salib yang berterusan selama beberapa ratus tahun.

Kini Baitulmakdis menjadi rebutan antara Israel dan Palestin. Mereka berkeras mahu menjadikan Baitulmakdis ibu negara masing-masing.

No comments:

Posting Terkini