Pages

Friday, September 25, 2009

Sekilas Dunia

Lapan minta suaka di Hanoi

HANOI: Lapan rakyat Korea Utara semalam mencari suaka politik di kedutaan Denmark di sini, menurut sumber diplomatik.

Enam wanita dan dua lelaki masuk ke kedutaan itu sekitar 10 pagi semalam, ditemani seorang rakyat Korea Selatan.

Kehadiran mereka disahkan Duta Besar Denmark, Encik Peter Lysholt Hansen. -- AFP.

Budak 8 tahun tertembak adik

VACAVILLE (California): Polis berkata seorang budak perempuan berusia dua tahun di California mati selepas ditembak tanpa sengaja oleh abangnya yang berusia lapan tahun.

Menurut polis, budak lelaki itu sedang bermain dengan pistol itu petang Rabu di rumah mereka di sini apabila ia meletup, dan peluru mengenai kepala adiknya, lapor akhbar The Reporter.

Ibu bapa kanak-kanak itu berada di rumah ketika insiden berlaku, kata polis. -- AP.

16 tahanan Al-Qaeda lari

TIKRIT: Seramai 16 tahanan Al-Qaeda, termasuk lima yang dikenakan hukuman mati, melarikan diri dari sebuah penjara di Tikrit, tengah Iraq, menurut seorang pegawai keselamatan semalam.

Mereka menanggalkan tingkap sebuah tandas penjara untuk keluar dan menggunakan tangga untuk memanjat tembok penjara, kata pegawai tersebut.

Seorang banduan, Moamer Abdel Salam Mehdi, diberkas semula pagi semalam. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini