Pages

Friday, September 25, 2009

Perancis terajui boikot ucapan Ahmadinejad

NEW YORK: Perancis semalam memimpin beberapa negara lain, termasuk Amerika Syarikat, meninggalkan satu mesyuarat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai membantah ucapan Presiden Iran, Encik Mahmoud Ahmadinejad, pada Perhimpunan Agung PBB.

Adalah menghampakan bahawa Encik Ahmadinejad sekali lagi memilih untuk mendukung retorik kebencian, menyakitkan dan anti-Semitik,' kata jurucakap misi Amerika ke PBB, Encik Mark Kornblau, dalam satu kenyataan.

Para delegasi dari Argentina, Australia, Britain, Costa Rica, Denmark, Perancis, Jerman, Italy, New Zealand dan Amerika meninggalkan dewan perhimpunan sebaik sahaja Encik Ahmadinejad mula menyelar Israel, kata sumber dari Eropah.

Israel telah menggesa diadakan satu pemboikotan ke atas ucapan tersebut dan tidak hadir apabila pemimpin Iran itu memulakan ucapannya.

Canada pula berkata ia akan mematuhi panggilan memboikot itu.

Semasa berucap, Encik Ahmadinejad sekali lagi menjadikan Israel sasarannya, tetapi tanpa menyebutkan nama negara tersebut atau orang-orang Yahudi.

Beliau hanya merujuk kepada sebuah 'rejim Zionis'.

Pemimpin tegar Iran, yang dilantik semula dalam satu pilihan raya yang dipertikaikan, telah menuduh Israel mengamalkan dasar 'tidak berperikemanusiaan' di Palestin.

'Bagaimana boleh jenayah para penjajah terhadap wanita dan kanak-kanak... disokong tanpa syarat oleh pemerintah-pemerintah tertentu?' kata Encik Ahmadinejad.

'Dan, pada masa yang sama, orang-orang lelaki yang ditindas dan para wanita yang mengalami penghapusan bangsa (genocide) dan sekatan ekonomi paling berat dinafikan keperluan asas, makanan, air dan perubatan?' katanya lagi.

Sambil menekankan adanya satu konspirasi kaum Yahudi, Encik Ahmadinejad menambah:

'Tidak lagi dapat diterima bahawa sejumlah kaum minoriti akan menguasai politik, ekonomi dan budaya bahagian-bahagian utama dunia melalui rangkaiannya yang rumit.'

Encik Ahmadinejad juga menuduh pihak Yahudi cuba mewujudkan 'satu bentuk perhambaan dan merosakkan reputasi negara-negara lain, termasuk negara-negara Eropah dan Amerika, untuk mencapai cita-cita perkaumannya'. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini