KUALA LUMPUR: Sebuah mahkamah Syariah Malaysia telah mengarahkan seorang lelaki Indonesia disebat kerana meminum minuman beralkohol, kata satu laporan akhbar semalam, selang beberapa minggu selepas hakim itu dikritik kerana mengenakan hukuman yang sama ke atas seorang wanita.
Akhbar New Straits Times (NST) berkata Nazarudin Kamaruddin, 46 tahun, menjadi orang pertama yang akan disebat kerana minum alkohol di Pahang.
Hakim Abdul Rahman Mohd Yunos mencetuskan kritikan di kalangan kumpulan hak asasi serta kebimbangan mengenai semakin berpengaruhnya hukum Islam di Malaysia.
Ini selepas beliau mengenakan hukuman sebat ke atas Cik Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32 tahun, ibu dua orang anak, kerana meminum arak.
'Hukuman yang dijatuhkan ke atas dia (Nazarudin) bukan bermaksud menghukum tetapi sebagai satu pengajaran,' kata Hakim Abdul Rahman, seperti yang dilaporkan akhbar itu.
Kes Cik Kartika sedang disemak semula oleh hakim mahkamah rayuan Syariah dan hukum sebatan ke atasnya akan dijalankan selepas Ramadan ini.
Pahang adalah negeri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang berikar untuk memodenkan eknomi negara yang mempunyai 27 juta penduduk itu dan menambat pelaburan asing baru. -- Reuters.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment