Lima anggota JI warga Malaysia dibebaskan
PUTRAJAYA: Lima tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kesemuanya anggota Jemaah Islamiyah (JI) rakyat Malaysia, dibebaskan petang semalam.
Dua daripada mereka - Mat Shah Mohd Satray dan Abdullah Daud - ditahan pada 2002. Tiga lagi - Mohd Nasir Ismail, Mohd Kamil Hanafiah dan Mohd Amir Hanafiah, ditahan sejak 2007.
Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata keputusan itu tidak ada kaitan dengan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang bulan depan. -- Bernama, The Star.
Polis dan FBI serbu tiga apartmen NY berkaitan Al-Qaeda
NEW YORK: Polis dan ejen Biro Siasatan Federal (FBI) kelmarin melancar serbuan ke atas tiga apartmen di kejiranan Queens di kota raya New York selepas ia dilawati seorang lelaki disyaki ada kaitan dengan Al-Qaeda, menurut para pegawai.
Senator Charles E. Schumer, wakil Demokrat bagi New York, berkata serbuan itu dilakukan bukan kerana terdapat ancaman serangan pengganas dalam masa terdekat. Ia juga tiada kaitan dengan lawatan Presiden Barack Obama ke New York Isnin lalu. -- AP, AFP, Reuters.
Israel terus bina petempatan di Tebing Barat
YIZHAR (Tebing Barat): Datuk bandar Yizhar, Encik Evo Katz, semalam mengetepikan usaha diplomatik Amerika Syarikat hendak membekukan pembinaan petempatan Yahudi di Tebing Barat. 'Kami akan terus membina petempatan tanpa bertanya kepada masyarakat antarabangsa apa yang mereka mahu kami lakukan,' kata beliau sewaktu traktor meratakan tanah bagi membina 10 rumah baru di sini. -- AFP.
Militan Somalia ikrar tuntut bela atas kematian pemimpin
MOGADISHU: Kumpulan militan As-Shabab di Somalia semalam berikrar menuntut bela kematian pemimpin mereka, Saleh Ali Saleh Nabhan, dalam operasi tentera Amerika. 'Umat Islam akan bertindak balas atas serangan ini,' kata seorang jurucakapnya. -- AFP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment