DI INDONESIA
SEORANG guru agama, Syeikh Pujiono Cahyo Widianto (Syeikh Puji), 43 tahun, menikahi seorang gadis sunti berusia 12 tahun, Lutfiana Ulfa, pada Ogos tahun lalu.
Kisah itu mula mendapat perhatian ramai apabila Syeikh Puji melantik isteri keduanya yang muda itu sebagai pengurus besar (GM) di perusahaan miliknya, PT Sinar Lendoh Terang.
Menurut Syeikh Puji, pernikahannya tidak melanggar hukum Islam kerana segala-galanya dibuat secara teratur dengan mengikut segala syarat dan rukun dengan adanya wali, saksi dan membayar mas kahwin (mahar).
Syeikh Puji merujuk kepada pernikahan Rasulullah saw dengan Aisyah yang waktu itu baru berusia tujuh tahun.
Namun perbuatannya itu ditentang oleh kalangan ulama, termasuk daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI).
Beliau dikatakan telah melanggar Undang-undang Perkahwinan Indonesia yang mensyaratkan calon pengantin perempuan sekurang-kurangnya berusia 17 tahun.
Ekoran tekanan masyarakat, Syeikh Puji akhirnya mengembalikan Lutfiana kepada orang tuanya.
DI ARAB SAUDI
Seorang pengantin perempuan berusia 10 tahun diserahkan semula kepada suaminya yang didakwa berusia 80 tahun bulan lalu.
Bapanya bertindak demikian selepas menemui anaknya di rumah ibu saudaranya, tempat dia bersembunyi sejak 10 hari lalu.
Beliau menuduh ibu saudara isterinya itu mencampuri urusan rumah tangga mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment