Pages

Sunday, September 20, 2009

Sekilas Dunia

Israel tolak laporan PBB

BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, kelmarin menolak laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menuduh negara itu melakukan jenayah perang dalam serangan ke atas Jaluran Gaza pada Disember lalu.

Encik Netanyahu turut memberi amaran kepada pemimpin dan pasukan tentera dunia lain bahawa mereka boleh berdepan dengan tuduhan yang sama.

Beliau berkata askar Israel sekadar melaksanakan hak mereka mempertahankan negara. -- AP.

14 askar misi pengaman maut

MOGADISHU: Seramai 14 anggota tentera misi pengaman terbunuh dalam dua serangan serentak bom berani mati di ibu pejabat misi pengaman Kesatuan Afrika (Amisom) di sini kelmarin.

Kesatuan Afrika dalam satu kenyataannya berkata serangan itu disifatkan sebagai tidak bertamadun dengan 14 anggota tentera maut manakala 15 lagi cedera.

Pemberontak Islam mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu. -- AFP.

Ibu dan anak MJ dapat elaun

LOS ANGELES: Ibu Michael Jackson dan anak-anaknya menerima elaun lebih AS$86,000 ($121,681) setiap bulan daripada aset peninggalan Raja Pop itu, demikian diputuskan mahkamah kelmarin.

Ibu Michael, Cik Katherine, menerima AS$26,000 sebulan, manakala tiga anak penyanyi itu pula menerima AS$60,000 sebulan. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini