Pages

Monday, August 24, 2009

Sekilas - Dunia

Korban taufan bertambah

TAIPEI: Angka korban taufan Morakot di Taiwan dinaikkan kepada 650 orang.

Perdana Menteri Taiwan, Encik Liu Chao-shiuan, berkata 160 orang disahkan mati sementara 490 hilang.

Ujian DNA akan dijalankan ke atas mayat yang belum dapat dikenal pasti, katanya. -- AP.

Lukisan Picasso dikawal ketat

PARIS: Muzium Picasso Paris menutup operasinya dengan semua karya agung pelukis Picasso diletak di bawah tahap keselamatan tinggi di gudang-gudang pemerintah lebih dua tahun sementara kerja pengubahsuaian muzium itu dijalankan.

Ia dibuka pada 1985 dan menampilkan karya seniman kelahiran Sepanyol itu, yang meninggal dunia pada 1973.

Kerja ubah suai dijangka dimulakan awal tahun depan dengan kos Euro20 juta ($41 juta). -- AP.

Bekas mayor kahwin di zoo?

LONDON: Bekas Datuk Bandar London, Encik Ken Livingstone, memberitahu akhbar beliau akan melangsungkan perkahwinannya di zoo ibu negara Britain itu.

Encik Livingstone, 64 tahun, secara berseloroh turut memberitahu akhbar Evening Standard, beliau akan mengahwini Cik Emma Beal, 41 tahun, bulan depan.

Encik Livingstone Datuk Bandar pertama London sebelum kalah kepada calon Parti Konservatif, Encik Boris Johnson, lapan tahun kemudian. -- Agensi.

Lebih ramai bunuh diri

WASHINGTON: Krisis kewangan turut meningkatkan kadar bunuh diri di tempat kerja.

Jabatan Buruh Amerika Syarikat mendapati kenaikan 28 peratus kadar bunuh diri yang dilaporkan tahun lalu.

Sebanyak 251 kes bunuh diri di tempat kerja dilaporkan pada 2008, disifatkan angka tertinggi sejak agensi Biro Statistik Buruh mula mencatatkan bilangan kes. -- AFP.

Kurang musala bagi pekerja

COPENHAGEN: Hanya empat daripada 20 syarikat terbesar Denmark menyediakan kemudahan bilik solat kepada pekerja Islam mereka.

Danfoss, Ecco, TDC dan AP Moller Mærsk dilaporkan menyediakan kemudahan itu bagi semua kakitangan Islam mereka yang bekerja di seluruh Denmark.

Penyelidik integrasi dan pekerjaan, Cik Anika Liversage, di Pusat Penyelidikan Sosial Kebangsaan Denmark kecewa akan jumlah rendah bilik solat yang disediakan tetapi memuji mereka yang memperkenal kemudahan itu. -- Agensi.

No comments:

Posting Terkini