LOS ANGELES: Bekas pelakon kanak-kanak Britain, Mark Lester, berkata beliau mungkin bapa semua anak penyanyi Michael Jackson.
Lester, yang memegang watak 'Oliver Twist', dalam filem muzikal Oliver! pada 1970-an, membawa anaknya, Harriet, bersamanya ke rancangan Today Show di New York bagi menunjukkan persamaan wajahnya dengan anak Jackson, Paris.
Lester berkata spermanya digunakan bagi mendapatkan ketiga-tiga anak Jackson - Paris, 11 tahun, Prince, 12 tahun, dan Blanket, tujuh tahun.
'Kalau bukan satu, mungkin saya bapa semua kanak-kanak itu,' katanya.
Lester sebelum ini memberitahu akhbar News of the World, beliau yakin Paris anaknya, tetapi tidak menyebut tentang Prince dan Blanket.
Beliau, yang ditemu ramah pengacara Today Show, Encik Mark Lauer, berkata sumbangan spermanya bermula dengan guarauan antara Jackson dengannya pada 1996.
Ketika itu, mereka bercakap mengenai kebimbangan Raja Pop itu mengadakan hubungan seks.
'Kami berbual melalui telefon dan Michael begitu malu apabila bercakap tentang wanita. Beliau mengaku kepada saya bahawa beliau sukar melakukan seks.
'Beliau tahu saya mempunyai tiga anak perempuan. Saya bergurau dengan berkata kepadanya: Michael, jika anda tidak mahu melakukan seks, saya boleh lakukannya untuk anda,' kata Lester.
Lester berkata langkah mendermakan spermanya ialah hadiahnya kepada Jackson dan beliau tidak pernah terbayang mendapatkan ganjaran.
Lester menegaskan walaupun bersedia menjalani ujian DNA untuk membuktikan dakwaannya, beliau tidak akan tergesa-gesa berbuat demikian. -- Agensi.
Monday, August 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment