KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat pagi Isnin, memfailkan saman fitnah sebanyak RM500 juta terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd, Datuk Seri Tiong King Sing kerana memfitnah beliau.
Peguam Ong, Ronnie Tan berkata, saman tersebut telah difailkan di Mahkamah Tinggi di sini.
Bercakap kepada para pemberita di perkarangan Mahkamah Tinggi tadi, Ronnie menjelaskan, sekiranya menang, wang pampasan tersebut akan digunakan untuk tujuan amal dan pendidikan.
Katanya, pihak plaintif juga telah mengemukakan kepada mahkamah permohonan injuksi sementara bagi menghalang Tiong daripada terus menyatakan apa-apa dakwaan atau kenyataan ke atas Ong berkaitan isu ini.
Ong yang juga Menteri Pengangkutan memfailkan saman tersebut ekoran kenyataan yang dibuat oleh Tiong sebelum ini kononnya Ong telah menerima RM10 juta daripada Tiong sebagai satu bentuk "pinjaman" untuk aktiviti politik bahagian-bahagian MCA.
Ong menyifatkan dakwaan tersebut tidak berasas dan berniat jahat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment