MB diingatkan usah seleweng
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, diminta agar tidak melakukan penyelewengan bagi membolehkannya membayar hutang RM66.67 juta ($27.34 juta) dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).
Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Encik Khairy Jamaluddin, mengulas langkah Mahkamah Tinggi Dagang Kuala Lumpur Jumaat lalu yang memerintahkan Tan Sri Abdul Khalid supaya melunaskan pinjaman yang digunakan untuk membeli saham Guthrie Berhad lapan tahun lalu itu kepada BIMB. -- Mingguan Malaysia.
Menteri fail saman fitnah
KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, akan memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing, hari ini berhubung dakwaan memberi RM10 juta ($4.1 juta) untuk kegiatan Persatuan Cina Malaysia (MCA).
Beliau berkata, tindakan itu diambil bagi membersihkan nama baiknya yang didakwa tercemar kerana laporan itu disifatkannya sebagai tidak adil. -- BMM.
Tujuh kru kapal terbakar maut
PORT DICKSON: Kesemua tujuh kru kapal tangki minyak dari Liberia, MT Formosa Product Brick, yang terbakar di perairan Port Dickson Selasa lepas, dijumpai rentung oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kelmarin.
Kesemua mayat akan dihantar ke hospital Port Dickson bagi tujuan forensik.
Kapal tangki yang dalam pelayaran dari Britain ke Singapura itu telah berlanggar dengan kapal MT Ostende Max, yang sedang keluar dari Pelabuhan Port Dickson menuju ke Singapura. -- Bernama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment