Pages

Monday, August 24, 2009

Wanita Saudi tipu beberapa lelaki melalui perkahwinan 'misyar'

JEDDAH: Biasanya lelaki yang menipu wanita untuk berkahwin. Tetapi, dalam satu kes di Arab Saudi, seorang hakim mengenakan hukuman dua tahun penjara dan 300 sebat ke atas seorang wanita kerana menipu beberapa lelaki dengan mengahwini mereka secara berasingan.

Wanita itu menyamar sebagai seorang bujang dan memberi persetujuan untuk berkahwin melalui konsep perkahwinan misyar dengan beberapa lelaki.

Dia menghilngkan diri selepas menerima bayaran mas kahwin, lapor akhbar Saudi Gazette.

Misyar ialah perkahwinan kontrak yang menetapkan pasangan akan hidup berasingan. Konsep perkahwinan itu bertujuan membolehkan lelaki mengelak kos perkahwinan dan mas kahwin tinggi selain tidak perlu menyediakan rumah bagi isteri.

Satu sumber mahkamah berkata wanita itu sudah berkahwin dengan seorang lelaki Arab Saudi lanjut usia. Dia kemudian mencari suami misyar dengan bantuan seorang ejen pencari jodoh bagi wanita dan seorang lelaki berusia 30 tahun.

Pencari jodoh wanita dan lelaki itu merundingkan perkahwinan misyar bagi wanita tersebut. Lelaki itu telah dijatuhi hukuman penjara setahun dan sebat 150 kali kerana menipu.

Wanita itu mengaku bersalah bagi semua dakwaan terhadapnya. Dia ditahan selepas suaminya memfailkan aduan kepada polis bahawa isterinya mempunyai hubungan dengan beberapa lelaki lain dan sengaja menipu melalui beberapa perkahwinan misyar.

Mangsa penipuan perkahwinan itu dilapor akan mengambil tindakan undang-undang bagi menuntut ganti rugi bagi mas kahwin yang dibayar mereka kepada wanita tersebut. -- Agensi.

No comments:

Posting Terkini