KUALA LUMPUR: MCA bersedia untuk menjalankan pemilihan presiden parti secara terus oleh anggotanya sewaktu pemilihan parti akan datang yang dijangka pada 2011.
Setiausaha Pengelola MCA Kebangsaan Yoo Wei How berkata parti itu telah melengkapkan cadangan untuk penstrukturan semula parti itu bagi membolehkan pemilihan secara terus dijalankan dan cadangan itu akan dibentangkan pada mesyuarat Majlis Presiden MCA akan datang.
Pemilihan Presiden MCA dilakukan oleh kira-kira 2,000 delegasi yang akan mengundi bagi memutuskan siapa yang patut memimpin parti.
Bagaimanapun, mengikut cadangan itu, pemilihan presiden parti akan diperluaskan kepada peringkat bahagian dan cawangan di mana anggota biasa boleh memilih sendiri presiden parti.
"Saya akan bentangkannya pada mesyuarat majlis presiden akan datang, kemudian dapatkan kelulusan majlis presiden di mana mereka akan menyampaikan mesej kepada pemimpin negeri untuk sesi percambahan fikiran dan mendapatkan maklum balas daripada akar umbi.
"Kami mempunyai beberapa cadangan tentang menstrukturkan semula organisasi kami bagi membenarkan pemilihan secara terus dilaksanakan. Kerana kami mahu menjadikan ia telus dan dengan penyertaan daripada akar umbi, kami akan menjalankan usaha untuk mendapatkan maklum balas anggota berkenaan cadangan kami," katanya kepada Bernama dalam satu temubual.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment