SYARIKAT penerbangan China Eastern, yang pernah menjadi sasaran syarikat penerbangan Singapore Airlines, akan bergabung dengan syarikat penerbangan pesaingnya, Shanghai Airlines.
Shanghai Airlines menyatakan pihaknya telah mendapat kelulusan daripada pemerintah China bagi gabungan dua syarikat penerbangan itu.
Bagaimanapun, butiran syarat-syarat perjanjian tersebut belum lagi diumumkan, menurut agensi berita Bloomberg.
Menyusuli berita itu, saham bagi kedua-dua syarikat itu dihentikan dalam perdagangan semalam, sementara menantikan pengumuman itu dibuat.
Kedua-dua syarikat penerbangan China itu kini berjuang bagi penakatan dan menerima bantuan pemerintah China bagi mengurangkan hutang piutang mereka menyusuli permintaan penerbangan China yang semakin merosot.
China Eastern, syarikat milik negara itu, telah mendapat suntikan modal berjumlah 9 bilion yuan ($1.9 bilion) daripada pemerintah pusat sejak Disember lalu.
Shanghai Airlines pula yang dikuasai penguasa bandar negara itu mengumumkan suntikan satu bilion yuan pada Februari lalu.
Mengulas, seorang pengamat syarikat China Securities, Cik Li Lei, yang bercakap kepada agensi berita Reuters, berkata:
'Saya tidak berkata gabungan itu dapat menghuraikan semua masalah tetapi sekurang-kurangnya ia memberi peluang kepada kedua-duanya untuk bekerjasama, daripada bersaing antara sama satu lain terutama dalam masa seperti ini.'
Selepas bertahun-tahun menikmati pertumbuhan dua angka, syarikat-syarikat penerbangan China menghadapi kemerosotan menyusuli krisis kewangan global yang turut menjejas China.
Tiga syarikat penerbangan China termasuk Air China dan China Southern Airlines mengalami kerugian lebih AS$4 billion pada 2008.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment