DOLAR Amerika mungkin akan berhenti merosot berbanding mata wang Asia. Ini dengan adanya kemungkinan kadar faedah Bank Simpanan Amerika Syarikat meningkat ekoran pasaran pekerjaan yang semakin pulih.
Laporan para pengamat DBS Group Holdings Inc, termasuk pakar ekonomi Encik Phillip Wee, menyatakan bahawa 'pengalaman krisis kewangan Asia pada 1998 dan krisis Internet pada 2000 telah memberi amaran kepada jangkaan dolar Amerika mencapai had bawahnya dan naik semula sedang ekonomi mula menuju semula ke arah pertumbuhan'.
Nilai mata wang Asia menjunam sedang terdapat tanda-tanda kegawatan Amerika semakin reda yang dijangka membantu memperkukuh dolar Amerika.
Dolar Singapura turun 0.7 peratus kepada $1.4565 semalam.
'Masih belum jelas sama ada dolar Singapura akan meningkat melebihi $1.50,' kata laporan DBS itu.
Kemerosotan dolar Amerika akan menimbulkan masalah kepada para penggubal dasar kerana ia akan menaikkan kos minyak bagi pengguna dan meningkatkan pulangan bon pemerintah jangka panjang, sekali gus menaikkan kadar gadai janji.
Indeks Dollar ICE yang mengukur mata wang dolar Amerika berbanding mata wang enam rakan perdagangan utama, melonjak paling tinggi pada 5 Jun sejak Januari berikutan satu laporan yang menunjukkan bahawa jumlah pekerja yang dibuang oleh para majikan di Amerika lebih rendah daripada yang diramalkan oleh pakar ekonomi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment