Pages

Monday, May 4, 2009

SEKILAS - DUNIA

Wartawan AS yang ditahan Iran mogok lapar

TEHERAN: Wartawan warga Amerika Syarikat keturunan Iran, Cik Roxana Saberi, yang menunggu rayuan terhadap hukuman lapan tahun penjara kerana mengintip, meneruskan mogok lapar yang dimulakan 12 hari lalu, kata ayahnya semalam.

'Dia sangat marah lalu berhenti minum air sehingga terpaksa dimasukkan ke klinik di penjara itu Jumaat lalu,' kata Encik Reza Saberi.

Pihak kehakiman Iran menafikan hal itu. -- AFP.

8 mati dalam tunjuk perasaan di Yaman

SANAA: Lapan rakyat Yaman, termasuk lima askar, terkorban dalam tunjuk perasaan dan serangan di selatan negara itu dalam masa seminggu.

Timbalan Gabenor wilayah Lahuj, Encik Yasser Al-Yamani, berkata lima askar mati dalam serangan Sabtu lalu di bandar Radfan.

Semalam, tiga penunjuk perasaan terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan. -- AP, AFP, Reuters.

Taleban penggal dua pegawai pemerintah

MINGORA: Taleban rakyat Pakistan mengerat kepala dua pegawai pemerintah di Lembah Swat, barat laut negara itu, sebagai menuntut bela pembunuhan dua panglima militan.

Dua pegawai itu diculik dan dipenggal Sabtu lalu di Khuwaza Kheil, 18 kilometer ke utara bandar Mingora, dan mayat mereka dihumban ditepi jalan, kata ketua polis bandar itu, Encik Danishwar Khan. -- Reuters.

Lelaki disyaki rekrut pengebom nekad bagi Iraq

COPENHAGEN: Agensi perisikan Denmark, PET, mengesyaki lelaki rakyat Iraq yang tinggal di Denmark sebagai ketua merekrut pengebom nekad bagi Iraq.

Akhbar Politiken berkata dokumen mahkamah Jerman menunjukkan Amer Saeed, 42 tahun, ada kaitan dengan kumpulan Al-Qaeda di Iraq. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini