KUALA LUMPUR, 4 Mei -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno belum membuat keputusan sama ada akan bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Penanti pada 31 Mei ini.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata mesyuarat Biro Politik Umno di Putrajaya tengah hari Isnin tidak membincangkan isu itu.
"Kita bincang banyak perkara. Belum ada keputusan apa-apa," katanya kepada pemberita selepas melawat Dewan Bahasa dan Pustaka di sini Isnin.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment