Pages

Saturday, April 4, 2009

Hindraf mahu Najib bebaskan semua tahanan ISA

TAIPING: Pemimpin pertubuhan Hindraf yang telah diharamkan mahu kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membebaskan baki tiga pemimpinnya dan kesemua tahanan ISA yang lain.

Penyelarasnya, R.S. Thanendran berkata, pihaknya agak kecewa kerana Najib selaku Perdana Menteri yang baru tidak mengambil langkah komprehensif untuk membebaskan kesemua tahanan dan menutup kem tahanan Kamunting.

"Kami kecewa kerana tidak kesemua tahanan dibebaskan. Kami berharap Najib akan mengkaji semula keputusannya diumumkan hari," kata beliau ketika dihubungi di Pulau Pinang.

Thanendran kini dirawat di sebuah hospital swasta.

Lima pemimpin Hindraf kini ditahan di Kamunting, sejak November 2007.

Lewat petang tadi Najib dalam perutusan pertamanya sejak menjadi Perdana Menteri pagi ini telah memutuskan untuk membebaskan 13 tahanan ISA berkuat kuasa serta-merta.

Selain kata Najib, Akta Keselamatan Dalam Negeri akan dikaji semula.

No comments:

Posting Terkini