Pages

Saturday, February 14, 2009

Kegiatan judi haram di Labuan Malaysiakini

LABUAN: Polis Labuan terus mengiatkan usahanya untuk membanteras kegiatan perjudian haram dengan tertangkapnya dua lagi pekerja mesin perjudian haram dalam satu serbuan di sebuah bilik di tingkat satu Lot U0206, Jalan Muhibah di pusat Bandar, dekat sini, malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Labuan, Supriten-dan Saiman Kasran, berkata kira-kira jam 10.20 malam sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang diketuai oleh C/I Syamsu Alam Syakir telah menyerbu bilik tersebut dan berjaya menahan dua orang lelaki tempatan yang dipercayai sebagai pekerja serta merampas 10 unit monitor, 10 set CPU, dan 10 unit keyboard serta tetikus yang disyaki digunakan untuk mesin perjudian.

“Selain itu polis turut merampas 10 unit komputer yang tidak berfungsi dari bilik tersebut, bagaimanapun ketika serbuan di buat pelanggan telah berjaya melarikan diri melalui jendela selepas menyedari kehadiran polis,” katanya di sini, kelmarin.

Katanya, kedua-dua lelaki yang berumur 16 dan 54 tahun itu ditahan reman selama empat hari bermula Selasa me-ngikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Menurut Saiman, ini adalah kejayaan kedua pihaknya merampas mesin perjudian haram sepanjang minggu ini, pada Kha-mis lalu polis berjaya merampas enam set komputer perjudian haram dan menahan tiga lelaki dalam satu serbuan yang di buat di salah sebuah bangunan di Jalan Jati.

Dalam kes yang lain, seorang lelaki bekas tahanan Langkah-Langkah Pencega-han Khas (LLPK) ditahan polis kerana disyaki terlibat dengan aktiviti dadah.

Saiman berkata lelaki berkenaan yang baru saja selesai menjalani pemulihan di pusat Pemulihan Akhlak di Simpang Rengam ditangkap di kawasan Pekan Jati di pusat bandar kira-kira jam 11 malam pada Selasa oleh unit narkotik yang diketuai oleh Inspektor Mohammad Faizal Mohd. Amir.

Hasil daripada pemeriksaan lanjut katanya, polis telah menemui dua tiub straw berwarna biru dipercayai mengandungi dadah jenis syabu seberat 0.3gram yang disembunyikan dalam poket kecil seluar lelaki berkenaan.

“Lelaki berumur 30an itu di tahan re-man selama empat hari mengikut Seksyen 12(2)Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 atas kesalahan memiliki dadah,” katanya.

No comments:

Posting Terkini