Pages

Saturday, February 14, 2009

Polis tahan 11 disyaki pengedar dadah

KOTA KINABALU: Polis menahan 11 disyaki sebagai pengedar dadah dalam dua operasi berasingan termasuk dua orng di Lapangan Terbang Antara-bangsa Kota Kinabalu (LTAKK).

Polis berjaya merampas kurang lebih 627 gram ganja dianggarkan bernilai RM15,000 daripada kesemua suspek berusia antara 23 hingga 35.

Bercakap kepada wartawan dalam satu sidang media kelmarin, pemangku ketua polis daerah Kota Kinabalu Supt Rowell Marong berkata kebanyakan suspek mempunyai rekod jenayah berhubung kesalahan dadah masa lalu.

“Polis merampasa 250 gram ganja daripada dua suspek yang baru tiba dengan penerbangan dari Kuala Lumpur kira-kira jam 1 petang pada selalu lalu,” kata Ro-well.

Beliau berkata satu pasukan polis narkotik diketuai oleh Ketua Jabatan Sia-satan Jenayah Narkotik Kota Kinabalu ASP Nik Ezanee Mohd Faisal telah pergi ke LTAKK setelah mendapat maklumat dari awam.

“Polis menahan kedua suspek rakyat tempatan berusia 29 dan 32 setelah membuat pemeriksaan dan menemui ganja tersebut di bungkus dengan seluar dan di simpan dalam beg pakaian suspek,” katanya.

Difahamkan kedau suspek pernah bekerja dengan tiga kelab malam yang popular di Kota Kinabalu sebelum berhenti dan kemudian bekerja di Kuala Lumpur.

“Siasatan menunjukkan dadah yang dirampas akan diedarkan di beberapa kelab malam popular di kawasan bandaraya dan Penampang,” tambah Rowell.

Suspek telah direman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 39B.

Sementara dalam satu operasi anti narkotik yang diadakan di empat buah tempat berasingan pada 9 Februari, polis menahan sembilan orang rakyat tempatan berusia antara 23 dan 35 disyaki sebagai pengedar dadah.

“Operasi diadakan di kawasan Putatan dan Kota Kinabalu dan polis berjaya merampas kira-kira 377 gram ganja daripada kesemua suspek,” katanya.

Rowell berterima kasih kepada awam yang telah memberikan kerjasama dan maklumat kepada polis dalam membanteras kegiatan dadah.

“Polis dari JSJN akan sentiasa mengawasi setiap pintu masuk dan keluar Kota Kinabalu untuk memberkas penjenayah yang disyaki terlibat dengan kegiatan pengedaran dan penyeludupan dadah termasuk di kawasan LTAKK,” kata Rowell.

No comments:

Posting Terkini