Pages

Saturday, February 14, 2009

Faedah persaraan bagi bekas guru kontrak di Sabah, Sarawak

KOTA BAHARU: Guru-guru kontrak yang kini bertugas di Semenanjung dan pernah berkhidmat di Sabah dan Sarawak pada tahun 70-an diminta menghubungi persatuan bekas guru kontrak di negeri masing-masing bagi mendapatkan faedah persaraan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pengerusi Persatuan Bekas-Bekas Guru Kontrak Kebangsaan, Sharifudin Ismail berkata ini berikutan persetujuan kerajaan untuk mengambil kira faedah persaraan untuk bekas-bekas guru kontrak berkenaan.

“Kira-kira 400 orang bekas guru yang kini bekerja di Semenanjung Malaysia dan pernah berkhidmat di Sabah dan Sarawak pada tahun 70-an perlu menghubungi persatuan masing-masing bagi memastikan mereka tidak terlepas mendapat faedah itu,” katanya.

Beliau berkata tempoh yang diberi oleh kerajaan bagi proses penyelarasan itu adalah selama sebulan dan akan berakhir pada 28 Mac ini.

Wakil-wakil yang boleh dihubungi ialah di Kelantan, Mohamad Daud di talian 0199131952, Terengganu (Ngah Ibrahim 0199875406), Pahang, (Mat Tahar Berahim 0139434705), Johor (Nordin Sulaiman 0177440082), Melaka (Abbul Rahim Mohd Derus 016-2331761), Negeri Sembilan (Abbul Rahman Che Teh 0122725429), Sela-ngor dan Wilayah Persekutuan (Mu-hamad Mohd Noor 0166253404), Perak (Che Azizan Hashim 0125880127), Kedah (Zubit Hanafi 0174562338), Perlis (Zainul Abidin Arifin 019-4774562) dan Pulau Pinang (Md Yusoff Mohamad 0164669335).

No comments:

Posting Terkini