Pages

Saturday, February 14, 2009

Penduduk Kg Kilambang minta jalan dibaiki

KENINGAU: Terletak dalam lingkungan pinggir bandar, tetapi keadaan Kg. Kilambang seolah-olah berada di pelu-suk pedalaman.

“Jalan raya tanah merah, becak dan hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat,” jelas Pengerusi JKKK kampung itu Upoloh Unshang.

Kg. Kilambang terletak kira-kira 7 Km dari Bandar Keningau dan termasuk dalam kawasan pilihan raya Dun Bingkor dan Parlimen Keningau.

Upoloh berkata, jalan raya itu sepatutnya sudah lama diaspal namun kampung itu seperti tidak wujud dalam peta kawasan pilihan raya Bingkor, apa yang beliau sifatkan tercicir daripada segala pembangunan asas kerajaan.

Katanya, beliau beberapa kali memohon kepada pihak berwajib supaya ja-lan raya sejauh 1 km itu diaspal, namun sehingga sekarang tidak ada sebarang jawapan daripada pihak atasan.

Jalanraya itu hanya satu-satunya nadi yang menghubungkan penduduk dengan Bandar Keningau, atau Apin-Apin untuk pelbagai urusan, namun dengan keadaan seperti itu, penduduk memilih untuk tidak keluar Bandar.

Apa yang menyedihkan jelas Upo-loh, ialah kanak-kanak yang menggunakan jalan raya itu untuk ke sekolah.

“Mereka bermandi lumpur,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu, beliau merayu kepada pihak berwajib agar mempertimbangkan kelulusan pengaspalan jalan raya itu, sebagaimana surat permohonan yang telah berkali-kali beliau hantar beberapa tahun yang lalu.

“Sudah terlalu banyak surat permohonan,” katanya.

Kira-kira 120 orang penduduk yang menetap di kampung itu yang terdiri daripada 40 orang pengundi dan selebihnya penduduk biasa.

No comments:

Posting Terkini