BEIJING: China akan melancarkan stesen angkasanya sendiri tahun depan, lapor media tempatan hari ini.
Tiangong-1 atau “Heavenly Palace-1” dijadualan dilancarkan penghujung 2010 dan akan membolehkan pendaratan kapal angkasa Shenzhou-8, setahun selepas itu, lapor sgensi berita Xinhua yang memetik pegawai program angkasa lepas China.
“Model stesen angkasa lepas dinamakan Tiangong-1, yang direka bentuk khas bagi keselesaan angkasawan dan saintis penyelidikan di zon graviti kosong.
“Stesen seberat 8.5 tan, Tiangong-1 mampu beroperasi untuk tempoh masa panjang yang akan memastikan stesen angkasa lepas China menjadi kenyataan," kata laporan itu.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan Tiangong-1 akan beroperasi sebagai stesen angkasa lepas atau hanya satu platfom untuk menjalankan kajian teknologi bagi pendaratan stesen angkasa lepas. - AFP
Sunday, March 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment