Pages

Wednesday, February 25, 2009

4,000 kakitangan UIAM tak boleh tukar ke skim pencen: Cuepacs

SINTOK: Cuepacs akan mengemukakan memorandum kepada Majlis Lembaga Universiti Islam Antabangsa Malaysia(UIAM) berhubung isu 4,000 kakitangan universiti itu yang dinafikan hak untuk menukar skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada skim pencen seperti dinikmati kakitangan awam lain.

Presidennya, Omar Osman, berkata daripada 66,000 kakitangan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara, hanya kakitangan awam UIAM saja yang menghadapi masalah itu atas alasan ia didaftar mengikut pertubuhan syarikat.

Katanya, surat bantahan itu akan dihantar ke Presiden Majlis Lembaga UIAM, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

"Ia agak mengelirukan kerana UIA adalah sebuah intitusi awam dan bukan institusi pengajian tinggi swasta. Ini terbukti kerana skim gaji yang sama dinikmati kakitangannya termasuk bonus tahunan yang dibayar kerajaan untuk pekerja sektor awam.

"Malah mereka juga termaktub di bawah peraturan kerja yang sama dengan kakitangan awam lain. Dari segi kedudukan juga UIA adalah institusi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi," katanya ketika ditemui selepas Persidangan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat IPTA di sini, hari ini.

No comments:

Posting Terkini