Pages

Thursday, January 29, 2009

SEKILAS - DUNIA

Mahkamah arah warga Britain jalani hukuman

BANGKOK: Mahkamah Agung Thailand semalam mengarahkan seorang warga emas Britain, yang pernah dituduh menganiaya kanak-kanak perempuan bawah umur sekitar lapan tahun lalu, supaya memulakan hukuman penjara selama 14 tahun yang dikenakan ke atasnya, kata seorang pegawai mahkamah.

John Maurice Praill, 78 tahun, ditangkap di Pattaya, sebuah bandar peranginan Thailand, sekitar pertengahan 2000 atas tuduhan penganiayaan seks terhadap kanak-kanak perempuan berusia 12 dan 13 tahun, tetapi tetap bebas selama sebahagian besar tempoh tersebut. -- AFP.

AP Indonesia dihukum jel kerana rasuah

JAKARTA: Mahkamah antirasuah Indonesia semalam mengenakan hukuman penjara selama empat tahun setengah ke atas seorang ahli parlimennya (AP).

Langkah ini merupakan yang terbaru dalam satu siri tindakan ke atas beberapa individu di negara itu yang disyaki mengamalkan rasuah.

Sarjan Taher, seorang AP daripada Parti Demokratik yang dipimpin oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, dihukum penjara kerana menerima ratusan ribu dolar dalam bentuk suapan bagi membenarkan satu kawasan hutan di Sumatera dibersihkan. -- AFP.

Iran gesa Amerika undur tentera

TEHRAN: Presiden Iran Encik Mahmoud Ahmadinejad, semalam menggesa Amerika Syarikat supaya mengundurkan tenteranya dari negara-negara di seluruh dunia sebagai bukti terhadap dasar perubahan Presiden Barack Obama.

Berucap dalam satu perhimpunan di Khermenshah, yang disiarkan di televisyen, pemimpin tegar Iran itu berkata beliau menjangkakan dua perubahan yang 'mendalam dan asas' akan berlaku di bawah presiden baru Amerika itu. -- AFP.

No comments:

Posting Terkini