Pages

Thursday, January 29, 2009

Rahsia boleh dapat air - Malaysiakini

Sambungan air secara haram di Pangsapuri Taman Tenaga untuk disalurkan ke sebuah penempatan pendatang asing di sebuah hutan di Bandar Baru Bangi.

BANGI – Penghuni warga asing di penempatan haram di kawasan hutan berhampiran Seksyen 5, Bandar Baru Bangi di sini dapat terus tinggal di situ dengan selesa kerana mereka rupa-rupanya mendapat bekalan air bersih secara haram dari sebuah kawasan pangsapuri berdekatan.

Walaupun berada tersorok di dalam hutan, bekalan air bersih yang diterima membolehkan kira-kira 100 orang penghuni di kawasan itu terus menjalani kehidupan seperti biasa.

Tinjauan Kosmo! di kawasan berkenaan semalam mendapati bekalan air ke kawasan itu dipercayai disalurkan dari sebuah pangsapuri di Taman Tenaga.

Sambungan paip haram dari blok pangsapuri berkenaan ke penempatan haram tersebut menggunakan paip jenis High Density Poly Ethlene (HDPE) yang berdiameter sebesar duit syiling 50 sen sepanjang kira-kira 600 meter.

Kosmo! difahamkan kadar caj bekalan air itu dibayar kepada salah seorang penghuni di pangsapuri itu.

Menariknya, sambungan tersebut sukar dikesan kerana ia tertanam dan disimen di atas jalan raya malah paip sepanjang 600 meter itu disorok laluannya melalui longkang berhampiran sehingga masuk ke dalam belukar di kawasan penempatan itu.

Bagaimanapun, hasrat wartawan Kosmo! untuk menjejaki pemilik unit yang menyalurkan bekalan air berkenaan tidak kesampaian berikutan tiada sesiapa di rumah itu semalam. - Kosmo

No comments:

Posting Terkini