Pages

Thursday, January 15, 2009

RO nafi raih undi, PAS kemuka petisyen mahkamah esok

KUALA TERENGGANU: Pengurus Pilihan Raya kecil Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim menafikan yang beliau telah berkempen meraih undi dengan meminta kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu mengundi Barisan Nasional (BN) Sabtu ini.

Ketika dihubungi mStar Online lewat petang tadi, Mat Razali berkata, selaku Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, beliau hanya menerangkan dasar-dasar kerajaan pada majlis taklimat yang diadakan pagi.

"Tanggungjawab sebagai Datuk Bandar, saya selalu mengadakan pertemuan dengan kakitangan saya... majlis mingguan, majlis bulanan, esok pun ada taklimat juga.

engaruhi kakitangannya supaya mengundi BN.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Wan Abd. Muttalib Embong pada sidang media di Markas PAS Kuala Terengganu di sini.

Wan. Abd. Muttalib berkata, pihaknya telah menerima maklumat bahawa Mat Razali telah meminta kakitangan pihak berkuasa tempatan itu mengundi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh pagi ini.

Setakat pukul 8 malam ini, PAS belum membuat laporan polis dan aduan kepada SPR.

Laporan berhubung perkara itu dibuat oleh Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pukul 4.25 petang.

Timbalan Ketuanya, Fariz Musa berkata, selaku anggota Pakatan Rakyat pihaknya membuat aduan dan menyerahkan kepada PAS untuk mengambil tindakan susulan.

Wan Abd. Muttalib ketika dihubungi sebentar tadi memberitahu, pihaknya akan mengemukakan petisyen di mahkamah pagi esok untuk meminta agar Mat Razali digugurkan sebagai Pengurus Pilihan Raya.

"Peguam-peguam kami sedang menyediakan dokumen dan petisyen akan difailkan esok," katanya.

Kawasan Kuala Terengganu mempunyai 80,229 orang pengundi dan daripada jumlah itu, kira-kira 10,000 orang merupakan kakitangan awam.


No comments:

Posting Terkini