KUALA TERENGGANU, 17 JANUARI- Satu kes dikesan di Pusat Pengundian Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar apabila seorang pengundi berdaftar dihalang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara.
Hal ini terjadi apabila terdapat beberapa orang pegawai SPR yang menjaga kaunter semakan daftar pemilih telah menghalang Wok Long yang berusi 67 untuk masuk mengundi.
Walaubagaimanapun perkara ini berjaya diselesaikan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail yang turut mengiringi warga tua itu ke pusat pengundian.
Menurut Azan, Pegawai petugas di kaunter berkenaan telah mengesahkan bahawa Wok Long telah pun mengundi lebih kurang pada jam 9.00 pagi.
Namun setelah ditanya kepada Wok, beliau telah mengakui bahawa beliau masih belum mengundi sebelum ini.
“Saya terus memanggil pegawai utama SPR yang bertugas dan saya desak supaya mendapat kepastian sama ada kertas undi telah dikeluarkan atau tidak. Pada masa itulah timbul sedikit kekecohan dan pegawai SPR membenarkan Wok mengundi tanpa sebarang ulasan kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan,” kata Azan yang dipetik dari Blog Pahangdaily. -- SK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment