Pages

Friday, January 30, 2009

Jual diri di laman web

KUALA LUMPUR: Perbuatan segelintir anggota masyarakat ‘melelong’ diri laman web rangkaian sosial dipercayai berpunca sikap mahu mencari keseronokan serta kebebasan daripada kongkongan keluarga.

Naib Presiden Hal Ehwal Wanita Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Mastura Badzis, berkata perkara itu perlu dikawal kerana mereka berada di peringkat hilang rasa malu sehingga boleh mengundang masalah moral lebih teruk.

“Pengaruh rakan juga menjadi punca kerosakan moral seseorang kerana di peringkat usia remaja, biasanya seseorang individu itu menganggap rakan sebagai ikutan serta pemberi nasihat.

“Ditambah pula kongkongan ibu bapa, seseorang individu itu mula menjauhkan diri daripada keluarga kerana inginkan kebebasan sehingga terjebak gejala moral,” katanya yang dihubungi semalam.

Beliau mengulas laporan Harian Metro kelmarin mengenai laman web rangkaian sosial yang sebelum ini popular di kalangan remaja untuk mencari kenalan kini menjadi satu medan mencari pasangan seks.

Pemerhatian mendapati selain lelaki, terdapat segelintir wanita ‘melelong’ diri untuk mencari pasangan seks dengan menyiarkan gambar mereka dalam keadaan mengghairahkan dan separuh bogel termasuk kata-kata berahi untuk menarik perhatian lelaki.

Dr Mastura berkata, pendekatan Saidina Ali Abi Talib dalam mendidik anak wajar dijadikan panduan kepada semua ibu bapa.

“Saidina Ali berpesan supaya ibu bapa menjadikan anak mereka yang berusia 14 hingga 21 tahun sebagai rakan. Wujudkan sentuhan mesra dengan mereka dan dengar pergolakan jiwa mereka,” katanya.

1 comment:

jazrul said...

manusia kadang2 rasa macam sudah tak ada maruah diri

Malaysia Web Design

Posting Terkini