Terima ijazah doktor kehormat
TEHERAN: Pemimpin kumpulan Hezbollah di Lebanon, Sheikh Hassan Nasrallah, menerima ijazah doktor kehormat daripada sebuah universiti di Isfahan, Iran, lapor agensi berita Fars Ahad lalu.
Sheikh Nasrallah dianugerahi ijazah 'dalam bidang sains politik' tanpa kehadirannya sempena ulang tahun ke-300 universiti itu.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada Iran di atas 'sokongan dan bantuan selama 25 tahun kepada Hezbollah dan pejuangnya di selatan Lebanon'. -- Agensi.
Dunia digesa
kuatkan Somalia LONDON: Setiausaha Pertahanan Britain, Encik John Hutton, kelmarin berkata dunia mesti membantu memulihkan pemerintah yang kuat di Somalia untuk mencegahnya daripada menjadi sarang persembunyian pengganas.
Tetapi menurutnya, masih terlalu awal untuk mengatakan sama ada askar asing patut dihantar ke sana ataupun tidak.
Encik Hutton memberitahu Radio Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) bahawa beliau percaya Somalia boleh menjadi tempat persembunyian pengganas seperti Afghanistan sebelum serangan ke atas Amerika pada 2001.
Peniaga Cina diculik di Filipina
ZAMBOANGA: Kumpulan militan menculik seorang ahli perniagaan keturunan Cina di selatan Filipina Sabtu lalu, menurut polis semalam.
Encik Peter Go, 28 tahun, sedang menutup kedai elektroniknya di Pulau Jolo lewat Sabtu lalu apabila empat lelaki menculiknya.
Mereka melucutkan senjata pengawal keselamatan dan melarikan diri dengan menaiki sebuah van, kata ketua polis wilayah, Superintenden Julasirim Kasim. -- AFP.
Russia hantar armada ke Cuba
MOSCOW: Russia semalam berkata ia akan menghantar satu armada kapal perang ke negara sahabatnya, Cuba, dalam gerakan terbaru tentera lautnya dekat perairan Amerika Syarikat.
Kapal-kapal perang itu akan melawat Havana dari 19 hingga 23 Disember ini, selepas mereka melawat Venezuela dan Nicaragua dan menyaksikan kapal itu melalui Terusan Panama buat kali pertama sejak Perang Dunia Kedua. -- AFP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment