Penduduk saman PBT
KUALA LUMPUR: Penduduk Bukit Antarabangsa dekat sini yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh yang meranapkan 14 banglo dan mengorbankan empat nyawa Sabtu lalu, bercadang memfailkan saman terhadap pihak berkuasa tempatan bagi menuntut ganti rugi.
Bagi tujuan itu, penduduk terbabit menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Penduduk Bukit Antarabangsa yang diberi tanggungjawab untuk melantik peguam bagi membawa kes saman dan tuntutan mereka ke mahkamah.
>>>
Kerajaan kaji semula proses pemandulan kera
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mengkaji semula pelaksanaan proses pemandulan terhadap kera sekiranya ia memberikan kesan mudarat dan negatif.
“Ini akan dikaji semula sekiranya ia berkesan atau tidak dan kita sedang melihat kesan daripada tindakan (pemandulan) tersebut.
“Sekiranya kita rasa ia mempunyai kesan-kesan yang mudarat dan negatif, ia tidak akan diteruskan tetapi jika ini merupakan satu cara yang didapati berkesan, mungkin ia akan dilaksanakan,” kata Timbalan Menterinya, Senator Datuk Maznah Mazlan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
>>>
Mekanisma Penetapan Harga Minyak Akan Dibawa Ke Kabinet
KUALA LUMPUR, 10 Dis-- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata mekanisma bagi melaksanakan sistem apungan atau harga lantai bagi petrol dan diesel akan dibawa ke kabinet sebelum diputuskan.
Setakat ini, katanya keputusan mengenai mekanisma berkenaan belum diputus lagi walaupun Majlis Ekonomi Negara bermesyuarat di Bangunan Parlimen hari ini-- BERNAMA
>>>
Tebuk bilik air kedai emas, barang kemas RM500,000 lesap
KUANTAN: Barangan kemas bernilai kira-kira RM500,000 lesap apabila penyamun bertindak menebuk dinding bilik air sebuah kedai emas dan melarikan barangan kemas terbabit di Inderapura, Jerantut.
Kejadian itu hanya disedari pagi semalam oleh pemilik premis terbabit ketika ingin membuka kedainya setelah ditutup beberapa hari berikutan cuti sempena Aidiladha.
Sebaik membuka kedainya kira-kira jam 9 pagi, pemilik kedai berusia 46 tahun itu terkejut apabila melihat kedainya berselerak dan kamera litar tertutup (CCTV) dicabut dan ditinggalkan di atas lantai premis itu.--BH
>>>
Wan Sharmila (Gambar) selesa berlakon bersama Amani
BINTANG ini muncul di persada seni tempatan tanpa disedari banyak pihak pada awalnya. Namun, Wan Sharmila berjaya mencuri perhatian ramai setelah muncul menerusi drama bersiri Kisah Kaisara musim pertama kira-kira setahun yang lalu.
Tiada siapa yang menyangka ketika itu, pelakon yang membawakan watak sebagai pelajar berusia 15 tahun di dalam drama tersebut sebenarnya sudah pun berumur 27 tahun dan memegang status isteri kepada penerbit Radius One Sdn Bhd, Fazli Baharom sejak dua tahun yang lalu.
Perlahan-lahan, Sharmila mula mengukir nama di dalam bidang ini setelah muncul pula menerusi drama bersiri Sindarela, musim terbaru Kisah Kaisara dan ketika ini, dia bersama pelakon-pelakon seperti Bront Palare dan Sharifah Amani boleh disaksikan di dalam drama Rona Roni Makaroni di Astro Ria.
>>>
Jangan dengar cakap kontraktor
SENAWANG – Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Datuk Abd Halim Abd Latif menegur sikap sesetengah pemilik rumah di negeri ini yang terlalu mengikut cakap kontraktor untuk mengubah suai rumah tanpa mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlebih dahulu.
Menurutnya, sikap demikian perlu dikikis kerana pemilik rumah bukan sahaja bakal berdepan risiko rumah retak atau tanah mendap, sebaliknya turut berdepan dengan tindakan undang-undang.
Malah, katanya, terdapat juga di kalangan kontraktor yang mengakui kononnya mempunyai ‘orang dalam’ di MPS yang membolehkan mereka tidak perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu.
>>>
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment