KELIHATAN seorang pemilik kenderaan di Taman Bukit Mewah membawa keluar kenderaan mereka menggunakan jambatan sementara Vickers BR90 yang disediakan Kor Kejuruteraan Diraja Tentera Darat bagi menyambung sebatang jalan yang terputus akibat kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa malam tadi. Jambatan ini menyambungkan Taman Bukit Mewah dengan Riverdale Park Apartment bagi membolehkan penghuni yang terkandas keluar dari pangsapuri mereka. Kebanyakan penduduk di kawasan itu telah dinasihatkan agar berpindah demi keselamatan mereka. --fotoBERNAMA
Laporan terbaru pembantu hilang, SAR disambung.
[DIKEMAS KINI, 11 pagi] KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan semula awal, selepas 48 jam tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa, berikutan laporan terbaru mengenai kehilangan seorang warga Sri Lanka.
Dia merupakan pembantu rumah kepada doktor haiwan, Dr. N. Yogeswari, dilaporkan tidak dapat dikesan sejak kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa kelmarin.
Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata, ekoran laporan polis yang diterima daripada seorang kenalan Dr. Yogeswari malam tadi, operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh itu yang diberhentikan pukul 6.30 petang semalam dimulakan semula tiga jam kemudian. -- mSTAR
>>>
Hampir tiga tahun simpan 'rahsia', Velvet-Rich akhiri zaman solo
Velvet Lawrence Aduk
TAHNIAH buat pasangan kelahiran program realiti popular Akademi Fantasia musim keempat (AF4) Richael L.Limbang atau Rich dan Velvet Lawrence Aduk atau Velvet, yang selamat melangsungkan perkahwinan mereka di Shangri-La Tanjung Aru Resort, Kota Kinabalu, Sabah pada Jumaat lalu.
Difahamkan, kira-kira 1000 orang tetamu terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan kedua-dua belah pihak hadir memeriahkan majlis bersejarah pasangan tersebut.
>>>
Polis arah 3,000 penduduk pindah segera
KUALA LUMPUR 7 Dis. - Kira-kira 3,000 penduduk kawasan perumahan Bukit Antarabangsa dekat sini diarahkan berpindah hari ini apabila Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) mengesahkan berlaku keretakan di beberapa kediaman berhampiran lokasi tanah runtuh di situ.
Selain kerosakan rumah-rumah teres dan banglo, keretakan juga dikesan pada bangunan kondominium di kawasan berdekatan.
Kebanyakan penduduk dipindahkan dari Kondominium Impian Selatan di Jalan Bukit Mewah 1 serta penduduk di Jalan Bukit Jaya 6A di Taman Bukit Jaya, Jalan Wangsa 9 dan 11 di Taman Wangsa Ukay.
Kondominium Impian Selatan terletak hanya beberapa ratus meter dari kawasan tanah runtuh yang mengorbankan empat nyawa dalam tragedi yang berlaku awal pagi semalam. --Utusan
>>>
10 maut tersepit bawah bas
18 cedera kenderaan bawa 26 penumpang terbabas, terbalik
MUAR: Sepuluh orang termasuk seorang doktor dari Hong Kong maut, manakala 18 yang lain cedera selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer (KM) 146.5, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran Tangkak, di sini, kira-kira jam 2 pagi semalam.
Sehingga malam tadi, identiti lapan daripada yang terbunuh akibat tersepit di bawah bas dalam nahas ngeri itu termasuk seorang kanak-kanak berusia 9 tahun, sudah dikenal pasti dan dituntut waris masing-masing, manakala dua mayat lagi masih dalam proses pengecaman.
Tujuh mangsa yang dikenal pasti berasal dari Pantai Remis, Perak iaitu lima wanita, seorang kanak-kanak perempuan serta dua lelaki, termasuk seorang daripadanya doktor warga Hong Kong.
Ketika kejadian, sebahagian besar penumpang bas ekspres itu sedang tidur dan hanya terjaga selepas terkejut apabila bas berkenaan terhuyung-hayang lalu terbabas sebelum melanggar pokok lalu terbalik.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohammad Nasir Ramli, berkata tujuh daripada mangsa maut di tempat kejadian, seorang dalam perjalanan ke hospital, manakala dua lagi disahkan mati di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar. --BH
>>>
Daerah Kemaman pula dilanda banjir
KEADAAN banjir di beberapa daerah di Terengganu tidak banyak berubah dan kini merebak pula ke daerah Kemaman apabila 282 orang mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan pagi ini.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negeri berkata pada keseluruhannya jumlah mangsa banjir di Terengganu sehingga pukul 8 pagi ini adalah seramai 1,190 orang iaitu Kemaman 282, Marang (25), Dungun (577), Hulu Terengganu (16) dan Kuala Terengganu (310).
Beliau berkata jalan-jalan yang masih ditutup di Dungun ialah Jalan Tok Kah-Lintang; di Besut pula Jalan Jertih-Kruak, Jalan Gong Neris-Darau manakala di Hulu Terengganu pula membabitkan Jalan Bukit Perah-Kampung Jak, Jalan Kampung Matang-Nibong, Jalan Batu 24 - Pengkalan Ajal, Jalan Bukit Diman-Jalan Pengkalan Ajal; Setiu Jalan Sungai Tong-Pelong dan Jalan Hulu Seladang-Permaisuri. --BH
>>>
26,000 jemaah Malaysia bergerak ke Arafah
MEKAH 7 Dis. - Rombongan 26,000 jemaah haji Malaysia mula berangkat secara berperingkat ke Arafah pada pukul 4 petang hari ini bagi menunaikan rukun utama ibadah haji, Wukuf, bersama kira-kira tiga juta ummah esok.
Perhimpunan terbesar manusia di dunia atas nama Tuhan itu akan bermula dari waktu Zuhur esok sehingga terbit fajar hari raya korban apabila jemaah tidak berbuat apa- apa kecuali beribadah kepada-Nya.
Menurut Pengarah Operasi Pasukan Kesihatan Tabung Haji (TH), Dr. Mohd. Faid Abdul Rashid, tidak ketinggalan berwukuf adalah 101 jemaah Malaysia yang sedang dirawat di dua pusat rawatan TH di sini.
Lapan pesakit, kebanyakannya memerlukan bantuan oksigen akan dibawa ke Arafah dengan ambulans esok manakala 93 pesakit lagi, iaitu 43 dari Sisyah dan 50 dari Aziziah, diangkut dengan bas diiringi dengan petugas kesihatan.
"Mereka akan berada di Arafah untuk seketika sekadar bagi memenuhi syarat rukun haji," katanya merujuk kepada ibadah rukun itu yang jika ditinggalkan terbatal haji seorang hujaj.
Jalan-jalan menuju ke Arafah mulai sibuk dengan ribuan kenderaan sejak malam tadi apabila jemaah dari Asia Selatan yang mencecah lebih 500,000 orang mulai bergerak secara berfasa-fasa ke padang pasir seluas 10.4 kilometer (km) persegi itu yang menjadi tempat Nabi Ibrahim AS berwukuf dan dituruti oleh Nabi Muhammad SAW.
Di situ jugalah terletak Jabal (Bukit) Rahmah, tempat Nabi Muhammad pernah menyampaikan khutbah terakhirnya sebelum wafat.
Perjalanan sejauh 22km ke Arafah itu sendiri ujian besar kerana lazimnya memakan masa berjam-jam apabila jutaan orang dan puluhan ribu bas dan kenderaan lain bergerak ke padang pasir yang terletak di luar Kota Suci ini.
Setibanya di Arafah, jemaah beristirehat dalam khemah yang disediakan dan bersiap sedia untuk melakukan wukuf esok dengan melakukan ibadah ringan.
- Bernama
>>>
Kondominium pula retak
* Keretakan di Kondominium Impian Selatan dikesan oleh JKR dan IKRAM.
* Deretan rumah di Jalan Wangsa 9, Bukit Antarabangsa mungkin boleh runtuh bila-bila masa.
* Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bimbang dua tangki air besar terancam pecah.
* Seorang mangsa pernah mengadu mengenai pergerakan tanah di Bukit Antarabangsa pada Oktober lalu.
--Utusan.
>>>
BERIKUT ialah perkembangan terbaru di Bukit Antarabangsa.
- TNB sedang menjalankan kerja-kerja merentang kabel baru 11 kV melalui jalan alternatif yang sedang dibina oleh pihak tentera. Kerja-kerja ini telah bermula sejak awal lagi.
- Jambatan sementara tidak stabil ekoran keadaan tanah di kawasan tragedi.
- Bekalan air telah disambung.
- Hampir 3,000 penduduk melibatkan lima kawasan dan taman sekitar sudah dipindahkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment