Pages

Tuesday, October 28, 2008

SEKILAS - DUNIA. Protes syarikat bir disenarai

Raja Saudi akan ke temuan PBB

RIYADH: Pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah, bercadang menghadiri mesyuarat bagi membincangkan inisiatifnya menggalak dialog antara agama, di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York bulan depan.

Beliau turut menggesa penganut Islam agar mendekati golongan bukan Islam untuk menunjukkan Islam bukan agama ganas. -- AP.

Pakar Perancis rawat Jong-Il?

TOKYO: Anak sulung lelaki pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong-Il, dipercayai telah ke Paris, Perancis, menemui seorang pakar bedah otak yang kemudian terbang ke Pyongyang untuk merawat ayahnya.

Satu laporan televisyen Jepun semalam menunjukkan gambar Encik Kim Jong-nam yang diambil di Paris.

Pemimpin Korea Utara yang berusia 66 tahun itu dipercayai diserang angin ahmar. -- AFP.

Protes syarikat bir disenarai

BANGKOK: Beratus-ratus orang mengadakan tunjuk perasaan di luar pasaran saham Thailand semalam bagi membantah rancangan syarikat pembuat bir terbesar negara itu untuk menyenaraikan sahamnya.

Langkah itu dikatakan akan menggalak lebih ramai rakyat Thai minum arak. -- AP.

Diet Barat bawa mudarat


WASHINGTON: Diet Barat membabitkan makanan bergoreng, makanan ringan bergaram dan daging menyebabkan 35 peratus penyakit jantung di seluruh dunia.

Kajian penyelidik di 52 negara menunjukkan mereka yang makan diet Barat berasaskan daging, telur dan makanan ringan lebih berisiko mendapat serangan jantung.

Amalan makan lebih banyak buah dan sayur mempunyai risiko lebih rendah. -- Agensi.

No comments:

Posting Terkini