Senarai pemimpin Umno Selangor yang mengkhianati Melayu dengan menjual segala tanah yang diperolehi dari kerajaan kepada taukeh-taukeh Cina
Oleh : KAKEK
“Habis dah tanah negeri Selangor”, titah Almarhum Sultan Salahuddin, Sultan Selangor beberapa tahun lepas.
Kekesalan ini dilafazkan oleh almarhum Sultan Selangor kerana rasa kecewa yang amat sangat terhadap sikap bekas MB Selangor ,Tan Sri Mohamad Taib yang mengagihkan tanah Negeri Selangor kepada kroninya dan konco-konco dalam Umno sesuka hati.
Kebimbangan Almarhum Sultan rupa-rupanya tidak diendahkan oleh MB-MB Selangor selepas itu. Dato’ Abu Hasan tetap memberikan sebahagian tanah kepada kroni dan konco-konconya ketika menjawat MB Selangor.
Lebih dahsyat sekarang ini, Khir Toyo, MB Selangor dalam masa yang sungguh singkat telah membahagi-bahagikan tanah di Selangor kepada konco-konco dan kroninya.
Berikut disenaraikan sebahagian daripada pemimpin Umno atau kroni atau proxy mereka yang telah mendapat tanah dan dijual serta merta kepada pengusaha Cina.
1. Proxy YB Satim telah mendapat lebih 50 ekar di Puchung dan kemudiannya dijual.
2. Proxy YB Ahmad Bahari telah mendapat tanah di Ampang dan Gombak dan dijual
3. Proxy bekas YB Saidin Adam dapat tanah di Sg Buluh dan dijual
4. Proxy bekas YB Fauzi dapat tanah di Sg.Buluh dan dijual 5. Dato’ Onn Ismail dapat tanah beribu ekar di Pulau Indah atas nama koperasi dan dijual.
6. Proxy bekas wakil rakyat, Ramli Norani dapat tanah 400 ekar di Bukit Cherakah dan dijual.
7. Di Sabak Bernam, Jelutong Jati dapat 1000 ekar dan dijual.
8. Proxy Jakiran Jakomah dan Aziz Md.Nor dapat tanah di Ijok dan Klang dan dijual.
9. Proxy YB Fatah dapat tanah di Bukit Cherakah dan dijual.
10. Proxy YB Zakaria Samseng dapat tanah di Klang dan Shah Alam dan kemudiannya dijual
11. Proxy YB Rahman Padil dapat tanah di Bukit Cherakah dan dijual.
12. Adik Mohamad Taib, Proxy Musa Taib dapat tanah dan jual. Pernah dikatakan hasil jualan tanah-tanah itu tak habis 7 keturunan.
13. Proxy YB Zainal Sakom dapat tanah di Shah Alam
14. Proxy bekas YB Dato’ Shukur dapat tanah di Kuala Selangor dan Bukit Cherakah dan dijual.
15. YB Noh Omar dapat tanah di K uala Selangor sebanyak 20 ekar dan dijual.
16. Proxy bekas YB Aziz Desa dapat tanah bersama kroni di Bukit Cherakah dan dijual. Boleh semak simpanan wang di Bank Rakyat banyak mana wang yang dipungutnya.
17. Bekas YB Hashim Mahmud,Kuala Selangor dapat tanah di Klang dan kemudiannya dijual.
18. Proxy YB Sujak dapat tanah di Shah Alam dan kemudiannya dijual dan tertipu.
19. Proxy YB Raja Idris dapat di Shah Alam - jual.
20. Proxy YB Zainal Dahlan dapat di Sabak Bernam dan Shah Alam - jual.
21. Sudah pasti kroni Mat Taib yang paling banyak dapat tanah atas nama berbagai syarikat. Jika tidak bagaimana dia boleh bawa duit berjuta seberat 20 kg. ke Australia.
22. Pak Nasron, bekas Pegawai Mardi pun dapat tanah. Pak Nasron berasal Indonesia. Ia dapat tanah di Kuala Selangor seluas 10 ekar atas nama City Rider Sdn.Bhd dan telah dijual dengan harga lebih satu juta. Tanah telah diberikan oleh Mat Taib sebab ia rapat dengan Mat Taib kerana jual jamu “kuat” pada Mat Taib.
Hasil jual tanah , YB-YB Selangor bergaya dengan kereta mewah, Mercedes berbagai model.Lihat sahaja kelakuan wakil-wakil rakyat Umno Selangor. Belum sepenggal jadi YB sudah menggayakan kereta mercedes. Sombong pulak tu.
Tanah ini tidak termasuk tanah lot kedai atau banglo yang diberikan kepada orang Umno dan telah dijual. Kerja utama orang Umno adalah mencari tanah dan bila dapat — jual.
Penulis menyokong penuh cadangan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang supaya Pejabat Daerah dan Tanah mendedahkan senarai pemimpin Umno dan kroni yang dapat tanah dan dijual.
Penulis cuba menyemak kembali nama-nama dan nama syarikat yang mendapat tanah di salah sebuah pejabat daerah tetapi telah diherdik dan diancam.
Kepada bekas MB Selangor,Mohamad Taib sila nafikan dakwaan ini.
Kita merasa hairan, mengapa tanah TOL yang disewakan kepada Dato’ Hasan Ali seluas 6 ekar sejak hampir 10 tahun dan masih diusahakan telah dijadikan isu besar. Apakah jasa Dato’ Hasan Ali yang mendidik anak-anak dipandang begitu hina berbanding jasa pegawai Mardi (orang asal Indonesia kerja jual jamu) yang diberikan tanah 10 ekar di Kuala Selangor dan telah dijual itu lebih mulia?.
Apakah kerana menjual jamu untuk “kuat itunya Mat Taib” maka Mat Taib sudah menganggap pegawai berkenaan sudah berjasa besar kepada negara sehingga dikurniakan 10 ekar tanah? Ramai lagi pegawai Mardi yang bertungkus lumus memajukan petani dan anak watan tetapi tidak mendapat seinci tanah pun dibumi Selangor ini.
Sindiket menjual tanah oleh pemimpin Umno cukup licik. Mereka memohon tanah atas nama syarikat dua ringgit dan ada proxy. Apabila permohonan oleh mana-mana syarikat diluluskan oleh Exco maka Pejabat Daerah dan Tanah akan mengeluarkan borang A kepada syarikat yang memohon sebagai tanda permohonan lulus. Maka pengarah syarikat itu pun mencanangkan Borang A keseluruh negeri untuk menjualkannya.
Biasanya tanah dijual dengan harga juta-juta. Pengusaha Cina akan membeli syarikat 2 ringgit berkenaan dan secara otomatik tanah milik syarikat itu ikut terjual.Contoh telah diberikan oleh Khir Toyo bagaimana 4 syarikat yang tak mampu bayar premium tanah telah dibeli oleh U-Wood Bhd. Hampir 100% mana-mana atau proxy pemimpin Umno yang dapat tanah telah terjual kepada pengusaha sama ada pengusaha Cina dalam atau pengusaha luar negeri.
Kepada pemimpin Umno,jangan berlagak sombong kununnya Umno sahajalah pembela bangsa. Tetapi nyatanya Umnolah sebagai perosak , pemusnah bangsa,agama dan tanah air.
detik.daily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment