KUALA LUMPUR, 17 Okt- Ahli perniagaan di rantau Asia Tenggara perlu bersiap sedia sepenuhnya untuk membuat keputusan pantas dan merebut peluang yang terhasil dari kemelut kewangan, kata ketua pegawai eksekutif CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak.
Contohnya, beliau berkata banyak bank Malaysia dan Asia Tenggara telah ditawarkan dengan perniagaan Lehman Brothers di Asia yang nampak menarik di atas kertas.
"Tetapi, apa yang tidak begitu menarik ialah, kita kena buat penilaian ke atas perniagaan itu dan membuat keputusan dalam tempoh 24 jam sama ada mahu membuat pelaburan.
"Inilah jenis tempoh niaga janji yang dilakukan pada masa ini," kata beliau di persidangan serantau Eisenhower Fellowships di sini hari ini.
"Kita sudah pastinya perlu bersedia untuk merebut peluang sebegitu dan bersedia sepenuhnya untuk membuat keputusan segera," tambah beliau.
Menurut Nazir, situasi semasa juga merupakan peluang sekali seumur hidup untuk pencarian bakat dalam industri yang mana Asia Tenggara amat-amat kekurangan.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment