Friday, October 24, 2008
MULA NAMPAK TERSERGAM
KOMPLEKS Hab Islam Singapura (HIS) di Braddell Road hampir siap didirikan.
Kunjungan Berita Harian ke tapak binaan kompleks itu semalam menunjukkan kerja pembinaan kompleks merangkumi ibu pejabat Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Pusat Islam Singapura, Masjid Muhajirin dan Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah itu telah memasuki fasa akhir.
Pembinaan bermula pada September 2006. Secara keseluruhan pembinaan HIS itu menelan belanja $32.5 juta.
Menurut Muis, pecahan kos pembinaan adalah $9.1 juta bagi pembinaan Pusat Islam Singapura, $6.9 juta bagi pembangunan semula Masjid Muhajirin dan $16.5 juta bagi Madrasah Al-Irsyad
Masjid Muhajirin, yang dibuka pada 1977, adalah masjid pertama yang dibina di bawah skim Dana Pembangunan Masjid dan Mendaki (MBMF).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment