WASHINGTON 19 Okt. – Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush mengumumkan bahawa AS akan menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak pertama dunia berhubung krisis kewangan global untuk menangani kegawatan ekonomi terbesar sejak Kemelesetan Besar 1930-an.
Bush mengumumkan perkara itu semalam sebelum menemui Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dan Presiden Suruhanjaya Eropah (EC), Jose Manuel Barroso di pusat peranginan Camp David.
Kenyataan bersama kedua-dua pemimpin berkenaan selepas pertemuan itu memutuskan bahawa sidang kemuncak pertama akan diadakan di AS tidak lama selepas pilihan raya Presiden AS diadakan pada 4 November ini.
Fokus sidang pertama itu adalah kepada “prinsip pembaharuan” yang diperlukan untuk memperbaiki sistem kewangan dunia.
“Sidang kemuncak berikutnya bertujuan untuk melaksanakan perjanjian berhubung langkah-langkah khusus yang perlu diambil bagi mematuhi prinsip tersebut,” menurut kenyataan itu. - Reuters
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment