Pages

Tuesday, September 9, 2008

TINJAUAN: MCCAIN DAHULUI OBAMA

WASHINGTON: Calon presiden daripada Parti Republikan, Encik John McCain, mendahului pesaingnya daripada Parti Demokrat, Encik Barack Obama, menyusuli konvensyen parti beliau dan ucapan oleh calon naib presidennya, Cik Sarah Palin.

Satu tinjauan pendapat oleh Today/Gallup yang disiarkan Ahad lalu menunjukkan Encik McCain mengatasi Encik Obama sebanyak empat peratusan mata.

Tinjauan ke atas 1,022 responden dewasa dari Jumaat hingga Ahad itu menunjukkan Encik McCain meraih sokongan 50 peratus berbanding 46 peratus yang diraih Encik Obama.

Akhbar USA Today berkata Encik McCain mendapat tunjangan besar daripada konvensyen Parti Republikan dan pemilihan Cik Palin, gabenor Alaska, sebagai naib presiden.

Encik McCain, 72 tahun, berhasil mengurangkan jurang kelebihan Encik Obama mengenai cara menangani masalah ekonomi, yang merupakan isu utama kempen, kata akhbar USA Today.

Malah, dalam wawancara yang disiarkan Ahad lalu, Encik McCain berkata beliau akan menyertakan anggota Parti Demokrat dalam kabinet dan pentadbiran beliau untuk mengubah suasana politik di Washington.

Sebanyak 29 peratus responden berkata pemilihan Cik Palin menambah kemungkinan mereka memilih Encik McCain dalam pilihan raya presiden pada 4 November kelak. -- AP, AFP, Reuters.

No comments:

Posting Terkini