KUANTAN (Pahang): Banyak hantu, semangat, jin dan makhluk halus lain 'menghuni' Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur di sini, dakwa para bomoh dan pakar ubat spiritual yang telah berkunjung ke sekolah itu sejak beberapa minggu lalu.
Beberapa bomoh mendakwa mereka telah 'berhubung' dengan makhluk halus yang bertanggungjawab terhadap beberapa kes histeria di sekolah tersebut sejak Mei lalu, dan mahu mengadakan 'satu perjanjian' dengan makhluk-makhluk halus itu.
Namun, tokoh-tokoh agama setempat, termasuk Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman, tidak condong ke arah penyelesaian itu.
Jumlah makhluk halus tersebut nampaknya banyak berdasarkan nama-nama yang disebut bomoh-bomoh itu dan mereka telah membuat pelbagai permintaan, termasuk mengadakan kenduri khas, sebelum mahu meninggalkan pekarangan sekolah itu.
Datuk Abdul Rahman, bagaimanapun, berkata sebarang usaha menyelesaikan masalah sekolah itu tidak seharusnya melibatkan bantuan makhluk halus atau jin lain.
Seorang bomoh berusia 70 tahun dari Kota Bharu, Kelantan, akur dengan pandangan itu sambil berkata bomoh biasanya menggunakan khidmat 'dampingan', iaitu makhluk halus belaan mereka, untuk berhubung dengan makhluk halus lain atau merawat pesakit, dan teknik ini boleh membawa masalah, khususnya jika ada bomoh lain terlibat.
'Saya fikir sekolah ini terlalu sesak dengan makhluk halus luar. Ada bomoh mungkin meninggalkannya (dampingannya) di sini untuk tunjuk kuasa mereka,' katanya.
Beliau menambah ia mungkin menjadi punca masalah histeria sekolah itu.
Setakat ini, 35 daripada 820 pelajar SMK Tanjung Lumpur dijejas gejala histeria. -- NST.
Tuesday, September 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment