Jeneral: Usah bangkit isu perkauman
KUALA LUMPUR: Panglima tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal, semalam menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang membangkitkan isu perkauman kerana ia satu perkara serius yang boleh mengancam keselamatan negara.
'Isu perkauman tidak sepatutnya dibangkitkan kerana ia merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara,' kata beliau dalam majlis penyampaian habuan Hari Raya oleh Wanita Umno kepada Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
Beliau berkata begitu semasa mengulas tengkarah yang timbul selepas ketua Bahagian Umno Bukit Bendera, di Pulau Pinang, Datuk Ahmad Ismail, berkata bahawa orang Cina adalah kaum pendatang dan tidak boleh mendapat hak sama seperti bumiputera.
'Isu perkauman adalah satu ancaman kepada negara dan mesti dielakkan,' tegas beliau. -- Bernama.
Bush akan kekalkan jumlah askar di Iraq
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik George W. Bush akan mengekalkan jumlah askar yang sama di Iraq sehingga akhir tahun ini.
Sekitar 8,000 askar kemudian akan diarah berundur menjelang Februari.
Kini, sekitar 146,000 askar Amerika berada di Iraq. -- AP.
3.24 juta visa umrah dikeluarkan
MAKKAH: Sekurang-kurangnya 3.24 juta visa umrah dikeluarkan kedutaan Arab Saudi di seluruh dunia dari 8 Februari hingga 5 September lalu. Akhbar Arab News kelmarin berkata sehingga 5 September lalu, sekitar 2.6 juta jemaah asing tiba di negara berkenaan dengan 2.2 juta masih meneruskan ibadat mereka. -- Agensi.
Rafidah mahu sistem kuota Umno dihapus
KUALA LUMPUR: Sistem kuota pada pemilihan Umno perlu dihapuskan kerana ia hanya merugikan parti, kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Tan Sri Rafidah Aziz.
Beliau berkata, pelaksanaan sistem itu sekarang menyebabkan ada pemimpin berkelayakan tidak dipilih kerana tidak mendapat kuota akibat keengganan pemimpin itu membeli undi. -- Utusan Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment