Pages

Monday, September 22, 2008

Isnin depan tarikh lihat anak bulan Syawal

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menentukan permulaan Hari Raya Puasa tahun ini akan diadakan pada petang Isnin, 29 September bersamaan 29 Ramadan 1429 Hijrah di 29 tempat yang ditetapkan di seluruh negara.

"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen," menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, hari ini.

Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab. - Bernama

Tarikh 9 Oktober: Terpulang kepada PM untuk putuskan

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata terpulanglah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memutuskan sama ada akan mengundurkan diri atau tidak pada 9 Oktober.

“Kita serahkan kepada Perdana Menteri dan juga Presiden Umno untuk memikirkannya. Saya tidak fikir ada keperluan untuk memberikan tekanan atau memperkatakan lagi mengenainya.

“Saya fikir beliau sedar apa yang berlaku pada peringkat akar umbi. Beliau boleh dapat banyak maklumat daripada para pegawai dan sumber-sumber politiknya untuk menilai apa yang telah berlaku di sana (akar umbi),” katanya ketika ditanya sama ada Perdana Menteri akan mengundurkan diri pada 9 Oktober.

No comments:

Posting Terkini