DAYTON (Ohio): Seorang wanita yang dituduh membunuh bayi perempuannya berusia sebulan dalam sebuah ketuhar gelombang mikro dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa peluang menjalani parol kelmarin.
Ketika menjatuhkan hukuman itu, Hakim Mary Wiseman memarahi China Arnold, 28 tahun, atas tindakannya.
'Tiada kekata untuk menggambarkan secara tepat perbuatan kejam ini. Perbuatan ini mengejutkan dan sangat dibenci oleh masyarakat bertamadun,' katanya.
Hakim Wiseman menolak rayuan peguam Arnold agar dia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan peluang parol selepas 25 tahun.
Arnold tidak dijatuhi hukuman mati selepas panel juri tidak dapat mencapai kata sepakat minggu lalu.
'Saya tidak bersalah atas tuduhan-tuduhan ini,' kata Arnold dalam satu kenyataannya yang dibacakan oleh peguamnya, Encik Jon Paul Rion.
Arnold telah didapati bersalah pada 29 Ogos lalu atas tuduhan membunuh bayinya, Paris Talley, yang berusia sebulan pada 2005.
Pihak pendakwa raya berkata, Arnold sengaja memasukkan bayinya ke dalam ketuhar gelombang mikro selepas bertengkar dengan teman lelakinya.
Pertengkaran itu ialah mengenai sama ada teman lelakinya itu merupakan ayah kandung bayi itu.
Semasa perbicaraan, peguam Arnolad, Encik Rion, berkata kliennya sayang bayinya dengan 'sepenuh hatinya dan lebih lagi'.
Arnold juga menyesal kerana minum arak sehingga dia terlalu mabuk untuk ingat apa yang berlaku pada malam kejadian.
Pendakwa raya, Encik David Franceschelli, bagaimanapun memberitahu Hakim Wiseman bahawa Arnold tidak menunjukkan sebarang rasa kesal. -- AP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment