Pages

Monday, September 1, 2008

KERAJAAN SUDAH BERI HAK MILIK KEPADA SWASTA SEJAK 1985 DBKL TIADA KUASA

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Penduduk Kampung Chubadak dan Kampung Chubadak Tambahan di Sentul merupakan penduduk setinggan di atas tanah milik pihak swasta dan bukannya peneroka bandar seperti yang didakwa oleh mereka.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ab. Hakim Borhan berkata, tiada istilah peneroka bandar diberikan kepada mereka memandangkan tanah tersebut adalah milik kerajaan dan telah diberi milik kepada STLR Sdn. Bhd. pada 26 Oktober 1985.

Menurutnya, pada waktu tersebut, STLR Sdn. Bhd ditubuhkan bagi mengumpul dana untuk melaksanakan projek infrastruktur kerajaan dan menyelesaikan masalah setinggan di Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun, ujarnya, pada 6 Julai 1990, STLR Sdn. Bhd. telah menjual tanah tersebut kepada Sentul Murni Sdn. Bhd. (SMSB).

Kah kah kah…. nilah contohnya bagaimana tanah-tanah orang Melayu di songlap oleh para cukong Cina. Melalui rasuah gerombolan United Malays National Organisation juga melalui Akta Tanah yang diluluskan di zaman Mahatir..... habis tanah yang telah di teroka berpuluh-puluh tahun tergadai.

Kenapa bodoh sangat – siapa yang beri tanah ini pada Towkay Swasta? Kuasa siapa ini?

Kampong Berembang pun cerita sama. Penduduk sudah duduk di kampong ini hampir 40 tahun. Tiba-tiba gerombolan United Malays National Organisation kautim dengan towkay untuk rampas tanah orang kampong.

Kah kah kah….. bila tanah dah jadi milik orang lain pandai pulak depa kata tidak ada kuasa….. cisssss menipu lagi! kah kah kah.....

No comments:

Posting Terkini