Pages

Tuesday, November 16, 2010

Keputusan Pemilihan PKR sudah boleh ‘ baca’

Sudah tidak ada debaran lagi untuk mengetahui keputusan pertandingan merebut jawatan utama dalam PKR walaupun proses pengundian masih berlangsung sehingga hujung minggu ini.

Keputusan awal tidak susah diduga jika diambil kira bahawa semua yang lawan ‘pasukan impian’ sudah tersingkir samada menarik diri atau tertinggal jauh hinggakan tak akan mampu mengejar saingannya.

Kalau dibuat carta organisasi, atas sekali Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua umum merangkap penasihat parti.

Bawah Anwar, isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menang tanpa bertanding jawatan presiden. Bawah Wan Azizah, Azmin Ali, orang kepercayaan Anwar yang kini mengumpul 14,751 undi.

Pencabarnya, Mustapa Kamil Ayub hanya dapat 3,401 selepas 165 cabang selesai bermesyuarat. Seorang lagi saingan Azmin, Datuk Zaid Ibrahim ‘pancit’ tengah jalan apabila umum tarik diri dan dijangka keluar PKR secara rasmi Jumaat ini.

Dengan majoriti lebih 11 ribu undi antara Azmin dan Mustapa, kita dah boleh agak siapa menang walaupun kebanyakan cabang di Selangor yang Azmin merupakan Ketua PKR negeri masih belum bermesyuarat.

Anak sulung Anwar, Nurul Izzah pula mendominasi undi untuk jawatan nombor tiga PKR, beliau memperolehi 11,042 undi.

Di belakang Nurul Izzah, adalah pengarah strategi PKR, Tian Chua dengan9,524 undi, manakala Fuziah Salleh 7,878 dan timbalan ketua menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman 7,448 undi untuk tempat keempat.

Kalau tengok kepada senarai ini maka kita boleh andaikan, PKR akan buat perlantikan naib presiden untuk kuota kaum India yang berkemungkinan diberikan kepada Sivarasa Rasiah.

Peguam Anwar, bekas orang kuat PRM dan yang merupakan penyandang kerusi yang sama sejak 2004.

Selain itu kerusi naib presiden lantikan untuk wakil Sabah dan Sarawak yang berkemungkinan diberikan kepada Ketua PKR Sarawak Baru Bian.

Ini berikutan Datuk Dr Jeffey Kitingan yang selama ini menyandang jawatan tersebut tidak ‘ngam’ dengan pasukan impian Anwar ke Putrajaya.


Jeffey tidak bertanding apa-apa jawatan dalam pemilihan kali ini. Selain beliau wakil dari Sabah yang menawar diri untuk jawatan naib presiden adalah Ansari Abdullah.

Calon PKR Parlimen Batu Sapi yang kalah teruk itu sudah tentulah tidak akan dilantik jawatan nombor tiga dalam parti. - Agendadaily

No comments:

Posting Terkini