Pages

Tuesday, January 19, 2010

Sekilas - Dunia

'Avatar' terbaik di Golden Globes

BEVERLY HILLS (California): Filem cereka sains Avatar memenangi anugerah filem terbaik dan pengarah terbaik Anugerah Golden Globes ke-67 semalam, mengukuhkan lagi peluangnya bagi anugerah Oscar.

Filem epik oleh pengarah James Cameron itu pemenang utama bagi majlis penganugerahan yang memberi pengiktirafan kepada pelbagai jenis filem itu. -- AFP.

Google masih operasi di China

BEIJING: Google semalam berkata ia 'menjalankan perniagaan seperti biasa' di China, selepas ada laporan bahawa syarikat raksasa Amerika Syarikat itu hendak menghentikan beberapa kakitangan tempatannya.

Kenyataan itu dibuat hampir seminggu selepas ia mengumumkan sedang menimbangkan untuk menghentikan jentera pencari Internetnya dalam bahasa Cina dan mungkin menutup pejabatnya di China disebabkan isu penapisan dan penggodaman. -- AFP.



No comments:

Posting Terkini