PENAMPANG: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan hari ini bahawa masalah dalaman PKR Sabah telah dapat diselesaikan dan para anggota menyatakan sokongan terhadap barisan kepimpinan parti negeri ini.
Anwar berkata mereka telah menerima banyak maklum balas daripada para anggotayang melahirkan keprihatinan mereka, dan pucuk pimpinan dengan itu telahmenjelaskan proses membuat keputusan itu kepada mereka.
"Saya gembira menyatakan pada hari ini sekarang, mereka (para anggota)menyokong barisan kepimpinan parti di negeri ini, dan pada masa yang sama kitamahu menentukan pucuk pimpinan kebangsaan yang termasuk Dr Jeffrey Kitingan,Christina Liew dan Ansari Abdullah, diberi peluang memberi khidmat di Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas menutup Konvensyen PKR Sabah 2009 di sini.
Dr Jeffrey bila ditanya mengenai perkara itu, turut menyatakan bahawa semuaperkara telah selesai.
Sunday, December 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment