KUALA LUMPUR: Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Kota Alam Shah M.Manoharan Jumaat memfailkan saman RM100 juta terhadap kerajaan Malaysia, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan tiga penerbit akhbar dengan mendakwa mereka mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.
Akhbar yang terlibat ialah The Star, New Straits Times dan Utusan Malaysia.
Writ saman itu difailkan oleh Tetuan M.Manoharan di Mahkamah Tinggi Sivil di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.
Manoharan, yang merupakan penasihat undang-undang kumpulan Hindraf yang diharamkan, menuntut ganti rugi fitnah, ganti rugi teladan, ganti rugi keterlaluan dan perintah injunksi untuk menghalang Musa dan Abdul Gani atau agen mereka daripada mengulangi menerbitkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.
Beliau mendakwa kerajaan telah berkempen untuk memburuk-burukkan namanya dan Hindraf manakala
Musa dan Abdul Gani didakwa secara berniat jahat menyebabkan perkataan-perkataan berunsur fitnah dikeluarkan dalam akhbar-akhbar tersebut.BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment