Pages

Sunday, February 22, 2009

Sah Konvensyen Khas BN ditangguh

PETALING JAYA: Konsvensyen khas Barisan Nasional (BN), salah satu daripada lima inisiatif Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum melepaskan jawatan Presiden dan Perdana Menteri hujung bulan depan, ditangguhkan sehingga berakhirnya dua pilihan raya kecil awal April.

Konvensyen itu sebelum ini dijadualkan berlangsung bulan ini.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mengesahkan keputusan untuk menangguhkan konvesyen tersebut dibuat bagi memberi ruang kepada BN membuat persiapan rapi dalam menghadapi dua pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau.

Kedua-duanya berlangsung 7 April.

"Kita bukan suka-suka untuk tangguhkan konvensyen, lewat kebelakangan ini banyak sangat pilihan raya kecil.

"Jadi Dewan Tertinggi BN telah memutuskan adalah lebih baik untuk menangguhkannya buat masa sekarang,"

Ditanya tentang tarikh baru yang ditetapkan untuk mengadakan konvensyen tersebut, Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno berkata: "Kita kena tengok tarikh yang sesuai dahulu, mungkin selepas pemilihan Umno berakhir."

Pemilihan Umno dan Perhimpunan Agung Umno berakhir 28 Mac ini dan disusuli dengan dua pilihan raya kecil tersebut.

"Namun tarikh sebenar belum diputuskan lagi," katanya.

Konvensyen BN yang sepatutnya berlangsung bulan ini dijadualkan membincangkan beberapa isu seperti syor parti MCA yang mahu jawatan Timbalan Pengerusi BN ditambah dan satu daripadanya diisi oleh parti itu.

Adnan juga mengesahkan Dewan Tertinggi BN akan mengadakan mesyuarat Rabu ini bagi membincangkan hal-hal berbangkit dalam parti komponen tersebut.

No comments:

Posting Terkini