PUTRAJAYA: Berikut adalah kronologi pembatalan sidang media Jabatan Penerbanga Awam, DCA yang dijadualkan jam 3.30 petang tadi:
- Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memaklumkan pengamal media mengenai sidang media tergempar berhubung pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dijadualkan di Putrajaya melalui satu e-mel yang dikirimkan pada pagi Khamis.
"Jabatan Penerbangan Awam Malaysia dijadual memberikan perkembangan mengenai insiden pesawat MH370," tulis e-mel berkenaan.
- E-mel itu juga memaklumkan satu taklimat teknikal berhubung misi mencari pesawat yang hilang itu akan diadakan pada petang Jumaat.
- Jam 2.30 petang wartawan tempatan dan antarabangsa serta beberapa waris kru dan penumpang MH370 mula memenuhi Dewan Serbaguna DCA menanti sidang media yang dijadualkan berlangsung jam 3.30 petang tadi.
- Sekitar jam 4.05 petang Pegawai Penerangan, Jagjit Singh memaklumkan sidang media itu dibatalkan serta-merta.
- Jagjit sebelum itu berkata sidang media tersebut akan berlangsung tanpa sesi soal jawab dan soalan yang ingin ditanyakan perlu di e-mel terlebih dahulu.
- Sidang media yang amat dinanti-nanti tersebut sepatutnya disampaikan oleh Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman dan antara perkara yang dijangka akan disampaikan adalah mengenai situasi terkini misi pencarian pesawat MH370 tersebut.
- Sejurus selepas pembatalan, DCA mengedarkan satu kenyataan media yang menyebut sidang media itu terpaksa dibatalkan kerana kehadiran waris kru dan penumpang pesawat MH370.
- Kenyataan media itu juga turut menmyebut satu rakaman sidang media bersama dengan Azharuddin akan ditayangkan pada jam 6 petang. Kenyataan Azharuddin akan diedarkan melalui e-mel selepas siaran itu berakhir.
- Semalam, Kementerian Pengangkutan mengumumkan laporan interim berhubung hasil siasatan berkaitan Penerbangan MH370 akan dikeluarkan pada 7 Mac.
1 comment:
DCA dah jadi macam kartun!!!
Post a Comment